Kolaborasi Jiwa Raga
Saturday, 14 November 2015
SEKADAR PERKONGSIAN
Kini, penggunaan telefon pintar semakin meluas dalam kalangan masyarakat sedunia merentas umur dari yang muda hingga lah yang berusia. Jelas sekali, penggunaan telefon pintar merupakan suatu fenomena besar yang telah melanda dunia hingga kini. Terdapat pelbagai jenama telefon pintar yang ada di pasaran sekarang. Apakah jenama telefon pintar kegemaran anda???
Sudi-sudikanlah menjawab soalan Survey ini.....(Tak lama..2 minit jee....TQ)
Friday, 2 October 2015
Iman Adalah Segalanya
" Jadilah yang tebal itu, IMAN, yang nipis itu LIDAH, yang tajam itu AKAL, yang lembut itu HATI, yang ringan itu SOLAT, yang halus itu ILMU dan yang manis itu SENYUMAN..."
CARA MEMELIHARA IMAN
Iman perlu dipelihara kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang beriman yang kemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah dirosakkan. Cara memelihara iman:
1. Mengawal iman supaya tidak rosak.
Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi, meragui hukum dan undang-
undang Islam dan sebagainya. Perkataan atau ucapan seperti menghina Rasulullah, tidak yakin
hukum Allah dan sebagainya. Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon
pertolongan kepada selain dari Allah.
2. Menjaga Iman
Iman yang telah ada pada kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita. Yakin pada agama
Allah dan perintahNya serta ikhlas dalam melakukan amalan. Contohnya solat hendaklah atas niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat dan istiqamah dalam melakukan ibadat. Ibadat yang kita lakukan hendaklah
berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh
tertib dan kusyuk.
Subscribe to:
Comments (Atom)