Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan sokongan ibu dan ayah, tertakdirnya saya hanya mampu menghabiskan tahap pelajaran sehingga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sahaja (sebenarnya tidak lah tinggi sangat). Suka diingatkan disini, memetik kata para bijak pandai terdahulu bahawa,
''Tuntutlah lah ilmu meski harus ke Negara China''.
Rentetan itu makanya saya berusaha untuk menaiktarafkan lagi tahap akademik. Sehingga kini saya sedang dalam menghabiskan tahun-tahun awal dalam mempastikan impian untuk mengenggam segulung ijazah menjadi kenyataan dan bukan lagi impian mat jenin sahaja. Sungguh pun ianya adalah menjadi suatu cabaran yang nyata, namun desakan keperluan hidup dan sebagai motivasi kepada generasi akan datang. Saya tanpa segan silu dan berat hati untuk menbuktikan bahawa untuk belajar dan mempelajari ilmu bukan lah sesuatu yang mustahil dan hanya pada masa masa tertentu sahaja.
Sedikit perkongsian kepada para pembaca sekalian. Sesunguhnya dengan ilmu kita akan dipandang tinggi dan menjadi adiwira kepada segenap lapisan generasi yang sedang meningkat naik. Disamping itu kita mampu untuk menempatkan diri di dalam arus persaingan globalisasi pekerjaan masa kini. Akhir kata dengan ilmu kita bakal maju dan dengan ilmu serta amalnya dapatlah kita membantu sekadar semampunya, Wallahualam.
No comments:
Post a Comment