"AKTIVITI YANG MEMERLUKAN TAHAP KESABARAN YANG TINGGI"
Jika dilihat dari tajuk, pastinya ramai yang dapat meneka apakah aktiviti kegemaran saya sebenarnya. Hmmm....apakah ia ye?? Sebelum itu, marilah kita lihat alat-alatan yang diperlukan bagi melakukan aktiviti ini...
1. JORAN
Joran ada berbagai kategori dan jenis, semuanya bergantung kepada jenis ikan yang hendak di pancing dan teknik memancing, ada panjang dan ada yang pendek. Joran ada juga dipanggil casting, jigging dan macam-macam lagi.
2. REEL
Reel pancing juga ada berbagai jenis bermula dari yang biasa kita pakai dan ada juga baitcasting reel. Ianya bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing...kalau kita gunakan reel biasa (senang cakap yang murah la..) kalau kita bawa ke laut, kena ikan layaran..tak sampai 1 minit confirm reel akan hancur.. bagi yang pertama kali memancing atau hendak membeli..tanyalah pada tauke kedai kerana mereka lebih berpengalaman..
3. TALI MESIN
Biasanya tali pancing bergantung pada saiz dan ia juga bergantung dimana anda hendak memancing..di lombong, di sungai, dikolam atau dilaut..
4. MATA KAIL
Mata kail digunakan untuk mengkaitkan umpan. Mata kail juga bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing.
5. UMPAN
5. UMPAN
Ini antara umpan-umpan yang sering digunakan bergantung kepada jenis ikan yang dihajati...
6. JARING IKAN ATAU BEKAS BAGI MELETAKKAN IKAN YANG DIPANCING
Akhir sekali, jangan lupa untuk membawa jaring, baldi atau tong putih bagi meletakkan hasil tangkapan kita nanti ye....
So..dah boleh teka ke ape hobi atau kegemaran saya?? Untuk menjayakan hobi ini ianya memerlukan pengorbanan serta tahap kesabaran yang tinggi. Adakalanya kita akan pulang dengan tong yang penuh dengan hasil tangkapan, namun adakalanya rezeki tidak menyebelahi kita maka tiada tangkapan langsung yang diperolehi.. Oleh itu..Bersabarla wahai kawanku....
No comments:
Post a Comment