MAKLUMAT PERIBADI


     Tanggal 24 Mei 1986, lahirlah seorang putera yang diberi nama Mohd Suhaimi Bin Jamaludin. Kini setelah 29 tahun berlalu, jerit perih bondaku pada hari tersebut bagi melahirkan aku serta membolehkan aku melihat dunia di luar ini amatlah ku hargai dan memanjat syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa di atas peluang dan kesempatan yang telah diberikanNya kepada diriku ini untuk terus hidup dimuka bumi ini.

      Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba sederhana banyak mengajar diriku erti kehidupan sebenarnya. Aku amat beruntung kerana berada di dalam keluarga ini, kerana ianya cukup sempurna yang mana aku mempunyai seorang abang, seorang kakak dan 2 orang adik. Jadi sewaktu dibangku sekolah dahulu, jika cikgu bertanyakan siapa ada abang? siapa ada kakak? siapa ada adik? aku la seorang pelajar yang tidak perlu menjatuhkan tangan ku kerana aku mempunyai kesemuanya. :) (best kan...jangan jeles ye bagi sesapa yang jadi anak sulung). Ini la serba sedikit berkaitan diriku....